Pages

Thursday, April 28, 2011

Penyakit Kucing aku - SPOROTRICHOSIS!

SPOROTRICHOSIS??? (Di copy penuh dari blog :http://honeypetshop.blogspot.com )

Sepanjang pengalaman bekerja, saya telah menemui beberapa kes di mana ada di antaranya melibatkan luka di bahagian muka kemudian merebak ke separuh kepala dan sebelah mata!!! MashaAllah! Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika melihat kucing tersebut. Bertambah sayu lagi apabila melihat pemiliknya sekeluarga menangis kerana dia terpaksa di 'suntik' untuk tidur selama2nya.

Beberapa minggu yang lepas, kami juga menerima kes Sporotrichosis (atau nama singkatnya Sporo) di mana luka merebak hingga ke telinga dan berulat. Baunya sangatlah menusuk hidung, tetapi saya lebih kasihankan nasib kucing itu. Betapa menderitanya dia...

Bahagian muka kucing yang luka. Lukanya sudah berulat dan ulat2 tersembunyi di dalam rongga telinganya.

Luka di bahagian belakang telinga.

Kucing ini tak bertuan. Nasib baiklah ada sepasang suami isteri (syabas kepada mereka!!) yang prihatin dengan keadaannya membawa dia kepada kami untuk diberi rawatan. Pada mulanya kami sangkakan hanya luka biasa kerana sebelum bulunya dicukur, keadaan lukanya tidak dapat diperhatikan dengan jelas. Setelah membiusnya, lebih mudah untuk memeriksa dan mencuci lukanya.

Tapi setelah diamati, luka pada muka ini bukanlah tempat pertama di badannya yang ada luka. Ini adalah luka yang disebabkan jangkitan Sporo. Bagaimana kami tahu?

Setelah diamati dan diperiksa dengan teliti, luka yang pertama berasal dari kakinya. Jika anda lihat dalam gambar ini luka yang pertama berlaku adalah di bahagian kanan sekali, di hujung kakinya. Kami percaya luka ini adalah luka pergaduhan, digigit atau dicakar. Oleh kerana ia adalah kucing liar, maka luka terbiar begitu sahaja, kemudian dia akan bermain di pasir untuk bergolek2 atau 'membuang'. Di saat inilah, spora fungus Sporo ini akan menjangkiti luka tersebut dan bermulalah detik derita kucing ini.

Dalam gambar di atas anda boleh lihat luka di bahagian kaki seperti berderet. Luka biasa (dicakar atau digigit) tak mungkin begini. Luka2 ini jika diperhatikan dengan teliti adalah mengikut saluran darah. Dan ia merebak secara menaik hingga ke bahagian kepala dan telinga.

Kucing bukan sahaja boleh mendapat jangkitan Sporo dari luka tetapi juga dari penghiduan. Gambar di atas menunjukkan jangkitan Sporo pada rongga hidung.

Ini apa yang kita dapat lihat di luar badannya. Sebenarnya, jangkitan Sporo ini boleh merebak ke paru2 dan otak. Dan penyakit ini adalah ZOONOTIK, maksudnya manusia boleh mendapat jangkitan yang berbahaya ini dari kucing!!

Penyelesaian kepada kes ini?
Tiada pilihan lain selain 'menidurkan' dia untuk selama2 nya.
Rawatan? Sangat memakan masa dan kos di mana paling kurang pun 3 bulan diperlukan serta keberangkalian untuk pulih sepenuhnya adalah 50-50. Dan yang paling penting, KESELAMATAN manusia yang menjaganya.

Jangkitan pada manusia. Luka yang melepuh seperti kudis dan tidak respon kepada antibiotik dan rawatan luka yang biasa dengan antiseptik.

Kes ekstrem yang berlaku kepada bayi berumur 6 bulan.

Untuk pengetahuan anda, kecuaian dalam mengendalikan kes2 luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh meragut nyawa. Langkah2 seperti menggunakan sarung tangan dan topeng muka (mask) adalah SANGAT penting semasa berhadapan kes2 luka yang dikhuatirir ada jangkita Sporo ini.

Bukan niat saya untuk menakutkan pemilik2 kucing di luar sana. Tetapi, anda semua harus berhati2. Untuk mengelakkan kucing anda terkena jangkitan ini, seeloknya kasikan mereka supaya mereka kurang mendapat luka2 dari pergaduhan dsb. Paling baik sekiranya kurung mereka supaya keselamatan mereka lebih terjamin. Sekiranya mereka ada luka, cepat2lah bawa mereka untuk rawatan sewajarnya.

Akhir kata, menjaga kemaslahatan kucing2 juga adalah sebahagian tanggungjawab manusia untuk menjaga kemaslahatan seluruh masyarakat.
_________________________________________________________________________________

Terima kasih Dr from Azlan.

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta.

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Posted: 26 Apr 2011 09:49 AM PDT


20 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC


Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan sebuah badan berkanun di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 (4 Kekosongan)
2. PEGAWAI PENGUATKUASA N41 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L17 (4 Kekosongan)
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 (1 Kekosongan)
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 (3 Kekosongan)
6. PENGHANTAR NOTIS N3 (5 Kekosongan)
7. PEMANDU KENDERAAN R3 (1 Kekosongan)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mei 2011

JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Posted: 26 Apr 2011 09:41 AM PDT



Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PSIKOLOGI
2. PEGAWAI VETERINAR
3. ARKITEK LANDSKAP
4. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP
5. JURUTEKNIK LANDSKAP
6. PENGAWAS HUTAN


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Mei 2011

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPK)

Posted: 26 Apr 2011 09:35 AM PDT


2 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC
Job Description :
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN ( U41 )
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN ( U29 )



MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mei 2011

VACANCY AT NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)

Posted: 26 Apr 2011 09:27 AM PDT


5 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC

NIOSH was established as a Company Limited by Guarantee, under the Malaysian Companies Act, 1965. As a company, NIOSH is expected to operate efficiently and with minimal administrative bureaucracy. The NIOSH Board of Directors comprises of 15 Board members, 10 of which are appointed by the Government while the remaining are elected by NIOSH members during the Annual General Meeting (AGM). This makes NIOSH different from similar institutions in other countries. NIOSH was set up with a RM1 million Launching Grant from the Government and a further RM50 million Endowment Fund (RM40 million from the Social Security Organization (SOCSO) of Malaysia and a further RM 10 million from the Malaysian Government), which will be invested, and the return of investment will be used to partly finance the operation of NIOSH.

1. Occupational Health Doctor

Jobs Requirements:

- Masters Degree in Occupational Health / Public Health and registered with DOSH.
- Able to advise on matters pertaining to occupational health.
- Consult on health screening and other related programs.
- Responsible to train, assist, check and carry out study on research and development projects.
- Possess 5 years experience in the medical field.

2. Executive

Jobs Requirements:
- Degree in Engineering / Science / Business Administrative / Human Resource Development.
- Possess good communication and consultation skills.
- Possess valid driving license.

3. Technician

Jobs Requirements:
- Diploma in Engineering / Science / Business Administration.
- Knowledge in the field of safety and health is an advantage.
- Computer literate and possess good communication skills.
- Possess valid driving license.

4. Clerk

Jobs Requirements:

- Diploma / STPM or SPM.
- Possess good communication skills.
- Computer literate.
- Possess valid driving license.

5. General Worker

Jobs Requirements:

- SPM
- Fit and healthy.
- Good communication skills.
- Able to work after hours.

Please submit your resume with expected salary to :
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
Human Resource Division, Lot 1, Jalan 15/1,
Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Email: hrd@niosh.com.my
Tel: 03-87692146 | Fax: 03-89251718

Closing Date : 9 Mei 2011



Sila layari blog ini untuk maklumat lebih lanjut:

Jawatan Kosong di FMC Malaysia

Assalamualaikum,

Bagi kwn2 yg masih mencari kerja, berikut adalah jawatan2 kosong di sebuah syarikat Oil & Gas:

Location

Position

Nusajaya

Production Manager

Welding Manager

Production Engineer

Welding Engineer

Assembly Engineer

Controls Engineer

QA Lead Engineer

QA Engineer

Machinist

Assembler

Welder

QA Technician

QC Inspector

KL

Design Engineers - Mechanicals

Project QA Engineers

Labuan

Operations Coordinator

Field Service Coordinator

MMRS Production Controller

Asst Workshop Manager

Aku hanya menolong untuk post sahaja.

Sila hantar resume korang kepada

: NorAzam.Abu@fmcti.com

www.fmcti.com


Impak Tsunami di Jepun


First of all, takziah bt penduduk Jepun yg mengalami malapetaka paling dasyat dlm sejarah tamadun manusia moden selain di Acheh, Indonesia. Malapetaka yg mengorbankan puluhan ribu manusia memberi impak yg besar kepada ekonomi Jepun khasnya dan dunia umumnya.

Untuk tatapan kali ini, impak tsunami ini secara langsung memberi kesan kepada ekonomi syarikat aku sekarang, Kenseisha (M) Sdn. Bhd. Kompeni yg berpusat di Bangi ni merupakan pengeluar produk Die-casting aluminium kepada main customer Hitachi Jepun. Hitachi Jepun yang ranap sama sekali akibat tsunami terus menutup pengeluaran poduk HDD mereka yg mana di produksikan oleh Kenseisha. Dgn penutupan Hitachi Jepun, kompeni aku kehilangan lebih 40% dari pendapatan bulanan.

Apa kesannya buruknya?
1) Pekerja sub-kontraktor terpaksa di behentikan serta merta.
2) Banyak elaun terpaksa di potong.
3) Pekerja2 mula tawar hati dan mula mencari kerja baru.
4) Banyak projek di tangguhkan (projek aku pon kena tempias)
5) Supplier2 terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bayaran.
6) Banyak mesin di berhentikan.
7) Banyak lg indirect impak yg tersembunyi.

Ini adalah pertama kali sepanjang 4thun lebih aku bekerja di kompeni lain aku merasai keadaan ini. Bagi aku, ini semua dugaan. Selagi aku masih diperlukan, aku akan berkhidmat sebaik mungkin.Tetapi, kalau keadaan ni berlarutan sehingga hujung tahun ni, Insya Allah aku akan mencari kerja baru.

Harap2 pihak atasan akan mencari alternatif untuk mencari sumber kewangan yg baru untuk memacu semula ekonomi syarikat.

Tuesday, April 26, 2011

Latest Air Asia Promotion


Klik gambar untuk paparan lebih jelas.




Air Asia sekali lagi membuat promotion untuk pakej2 penerbangan mereka. So, sapa2 yg nk travel, boleh follow kat website Air Asia. Nasib baik wife aku nk bersalin, kalau tak lama dah aku booking. So, jgn lepaskan chance ni!Grab it now!

SEMINAR KESEDARAN UMUM 2011 BY NIOSH



Klik gambar untuk paparan yg lebih jelas.

New Honda Civic

Perubahan pada lampu belakang yg nampak seperti Mercedes Benz compressor..

Masih maintain keadaan lampu, grill dan bumper seperti Civic sekarang.


Honda Civic memang membawa pengaruh yang besar dlm aliran kenderaan sedan negara kita. Dari tahun 90an kemunculan Honda EG9, EK10 memang menjd trend muda mudi sehingga sekarang untuk memilikinya. Bentuk, padanan sport rim, bunyi ekzos, dan warna kuning menjadi igauan pemuda2 mahupun pemudi2.Aku mmg akan menjeling sekiranya Civic melalui pandangan aku. Fuh...!!bila mau pakai ni??

Gambar diatas dari sumber2 internet.
Sekarang, aku sedang menanti kemunculan Honda Civic yang baru tahun ini..Khabar angin mengatakan yg Honda Malaysia sedang dalam pembikinan kereta ini. Kalau dari segi rupa depan mungkin xde perubahan yg ketara tp dari belakang bole nampak tail light mengalami perubahan baru yg nmpk lebih elegan n style...

Hope Honda Malaysia dapat release Civic ni dalam tahun ni supaya aku dapat plan aku punya financial untuk beli sebijik..Insya Allah....

Nikon D5100 Preview




Nikon has unveiled the D5100 upper-entry-level DSLR. Sitting above the D3100, it includes a 16.2 MP CMOS sensor much like that in the D7000, 1080p movie capability and a side-articulated 921K dot 3.0" tilt/swivel LCD. The D5100 also becomes the first Nikon DSLR to be able to apply special processing filters to stills and video. The company has also introduced the ME-1 external microphone.

More details at : http://www.dpreview.com

Monday, April 25, 2011

Safety & Health Officer (SHO)


Tajuk kali ni mengenai kerjaya seorang SHO atau Safety & health officer.

Safety & Health Officer (SHO) atau Pegawai Keselamatan & Kesihatan merupakan pegawai yg dilantik oleh majikan untuk mentadbir dan mengurus sistem keselamatan & kesihatan di tempat kerja samada sektor industri, pembinaan, hotel, mahupun sektor kerajaan.

Kebanyakan orang ramai masih tidak paham lg apa sebenarnya kerjaya SHO ni...yang diorg dok agak, Guard la kot....kadang2 terpaksa aku terjemahkan maksud sebenar kerjaya SHO ni....

Sebenarnya, SHO merupakan penasihat kepada majikan mengenai isu2 keselamatan dan kesihatan pekerjaan; yakni isu2 yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Selain itu juga, SHO juga menasihati majikan supaya mematuhi segala aspek2 yang telah ditetapkan oleh undang2 kerajaan samada di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Jentera & Kilang (FMA), Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) dan byk lg undang2 lain yg termaktub.

So, menjadi tanggungjawab majikan untuk melantik seorang atau lebih (bergantung pada industri masing2) SHO untuk menasihati, mentadbir dan mengurus segala selok belok keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini untuk syarikatnya.

Bagaimana nk menjadi seorang SHO?
Bermula dari SPM, seorg2 tu boleh mendaftar untuk mengikuti kos sijil SHO dibawah mana2 institut pengajian yg berdaftar dgn Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Selalunya, yg femes adalah NIOSH.Kalau yg kat utara tu NRG-SHE juga turut menyediakan kos SHO ni dan lebih murah. Selalunya kos akan mengambil masa 4 bulan untuk part time (sabtu & ahad) dan 2 minggu untuk full time. Harga lebih kurang RM4000, ni untuk kos ni sahaja. Apabila tamat kos tersebut, kena amik exam lak. sekarang ada 4 kertas untuk diambil.
Refer website nih : http://www.niosh.com.my

Selain tu gak, yang graduate diploma ke, ijazah ke pon leh amik kos ni..Selain sijil, ada gak institut yg menyediakan kos untuk diploma executif. Contohnya, NIOSH.
Selepas lulus semua exam, boleh la bermula kerja.

Bagaimana nk jadi competent SHO?
Competent SHO adalah SHO yg berdaftar dgn JKKP.

Selepas selesai semua exam untuk kos SHO tu, seseorg SHO mestilah bekerja selama 3 thun dlm apa2 aktiviti OSH. Selepas 3 tahun, boleh la mendaftar di JKKP.

Kenapa kerjaya SHO?
OSH di Malaysia sebenarnya masih di takuk negara kelas ketiga. Perlaksanaan dari kerajaan mahupun swasta masih kurang. Kerajaan cuba mempertingkatkan mutu OSH di sektor pekerjaan. Dengan mewajibkan SHO di setiap kilang, construction pelbagai jawatan kosong ditawarkan. IPTA sekarang turut ada jawatan OSH. Dan kadang2 SHO yang berdaftar dgn JKKP di bayar gaji yg agak tinggi.

So, ni serba sedikit ulasan aku mengenai SHO ni...supaya mana2 yg berminat nk join bidang OSH ni tau laluan nya..tp klu OSH ni bukan setakat SHO jer, byk lg cabang kerja yang ada..kalau nk tau, leh la tnya aku sikit2...kalau aku tak tau, ada orang yg lebih tau boleh aku refer.

Aku harap 1 ari nanti, orang kita terutamanya orang Melayu ni dapat meningkatkan kesedaran OSH bermula di rumah supaya anak2 kita, bini2 kita mengambil berat tentang keselamatan.

Ingatlah, jadikan Safety tu budaya bukan bencana...


Penyakit Kucing aku


Hari ni merupakan hari yg penting dlm lipatan sejarah hidupku kerana hari ni aku telah membawa kucing aku, "Manje" panggilan bini aku ke klinik veterinar N.9 untuk mendapatkan suntikan maut.

Bukanlah niat aku untuk mematikan kucing aku ni, tp aku cuma tak sanggup melihat penderitaan yg dia tanggung. dia xmkn selama 1 minggu...mknan favourite dia pon xdisentuh (ayam KFC)...kurus kering dibuatnya...

Pertama kali aku mengenal pasti sakitnya apabila kelihatan luka/kudis di atas matanya. Aku pon membawa ke klinik haiwan yg berdekatan. So, doktor Hisyam xsalah aku memberi ubat yg berharga RM160 yg mana katanya, hanya itu saja ubat yg ada untuk penyakit kucing aku ni...xsalah aku penyakit tu nama Sporotrichosis ....aku pon beli demi nyawa kucing aku nih...tp, makin hari makin merebak jangkitan kudis pada badannya...setiap hari isteri aku akan menyapu pelbagai ubat di kudisnya tetapi makin bertambah terok....dan sekali lg aku bawak ke klinik veterinar kerajaan N.9....doktor hanya mampu mengatakan yg kucing aku xdpt disembuhkan....penyakitnya tiada ubat...klu ada pon tersgt mahai dan risikonya hanya 50%...di saat kewangan xberapa stabil...aku di uji Allah...ketika di bilik pemeriksaan, terbaca aku satu artikel mengenai penyakit kucing ku nih....penyakit itu juga berbahaya kepada bayi yg bini aku kandung...Ya Allah...

sebulan selepas pemeriksaan di klinik tersebut, aku pon mengambil keputusan untuk memberi suntikan maut kepadanya...maafkan aku yer kucing...aku n bini aku sayang kan kau...tetapi aku xboleh amik risiko untuk anak yg bini aku kandung...aku harap kau bole memaafkan...dan aku harap kau dpt menunggu aku di pintu Syurga nanti...

so, aku harap kwn2 yg bela kucing cepat2 la respon jika berlaku luka2 kecil atau kudis pada badan kucing kita...kerana rawatan awal may be dpt selamatkannya....

aku berharap kisah aku ni dpt di jadikan pedoman bt kita masa akan dtg supaya sentiasa alert dgn keadaan kucing kita dan pastikan kucing kita tidak bergadoh dgn kucing liar, kerana dari situlah punca nya...

Sabah~

Finally, dpt gak aku bawak wife aku berjln2 setelah kami di ijabkabulkan....ke Sabah...tu pon 3 hari jer....bajet ma....Insya Allah ujung thun ni plan lg....tp kali ni bertiga lak...hehehe....

So, perjalanan ke Sabah ni actually xplan pon...tetiba nmpak iklan Air Asia bt promosi....so aper lagi...booking terus....kebetulan lak aku ada kawan kat Sabah tu...geng SMKAB dulu then dia and wife dia ngajar kat sane....so, aku contact la dia...tumpang umah dia...tumpang keta dia....duit pon dia bg tumpang....hehehe...tima kaseh la Syaiful Azlan atas jasa mu yg xterhingga...semoga next time aku pi lagi, dpt sponsor lg la yer...hehehe...

aku pi time raya Cina thn ni....smpai sana kul 12am lebih kurang....terus pi umah Lan tido situ...esok pagi kami gerak terus ke Kundasang cari homestay kat situ.....last2 dpt gak....ok lah...1 mlm 60rgt jer....siang tuh, kami pi Kundasang War Memorial xsalah aku....tgk tinggalan sejarah Belanda xsalah aku....then petang tu lan bawak pi sungai apa tah...pergh....kat sungai tu ikan semua jinak2....ni jenis kebulur xmalu.....pntang nmpk kita pegang mknan dia....semua serbu tgn kita....bg yg geli tuh....(cam bini aku dgn bini lan)...mmg dok tepi la....mula2 aku pon geli...tp disebabkan "MACHO" aku pon beranikan diri la....hahaha...nasib baik la xgeli sgt....then rasa best lak....sebab xpenah jmpa ikan camni....selalunya yg jinak ni dok dlm pinggan tgu kita mkn jer....heeheh...yg ni memang pengalaman yg baru bagi aku....thanks Lan....

Mlm tu dh sejuk kaki Gunung Kinabalu makin bertambah sejuk.....aku estimated cuaca lebih kurang 24-20 darjah celcius.....sejukk!!!nasib baik bawak suiter....

Pagi yang dinanti.....lebih kurang kul 5.30am...(sabah kan matahari terbit awai)....so time ni dh nk cerah......awan yg melindungi puncak gunung mula kelihatan.....akhirnya....lebih kurang 1/2jam menunggu...nmpk la puncak gunung yg indah....patot la org sngup booking bilik2 kat Kundasang ni awai2....rupanya2...ni lah nikmat yg diorg nantikan...aku n Lan apa lg...berposing mengambil gmbar....
Lupa nk gtau...Syaiful Azlan ni pon kameraman yg terulung kat K.K ni....so, klu ada org K.K yg nk servis Lan, just PM me.....tgk la gmbar2 dia kat blog aku ni.....



Pagi last day kat Sabah...Lan bawak kami pi ladang ternakan lembu....menarik!!so, klu korang pi Kundasang jgn miss pi tempat tuh....sejuk...nyaman...lembu cam lembu New Zealand....hehehe...rasa cam pi New Zealand pon ada.....

Mlm tuh kul 8 lebih, aku pon bertolak balik ke K.L.....may be....next year aku plan sekali lg nk pi Sabah ni...kali ni nk menjelajah pulau2 yg ada lak....so, Lan...be prepare again....hehehe...

Friday, April 22, 2011

Majlis Penikahan ku




Nie la saat2 yg dinantikan setelah berkwan dgn wife aku skrg nih hampir 6 thun sebelum kami diijabkabulkan.....byk suka duka yg kami lalui bersama semenjak hari pertama di kelas MDD batch 2004 UniKL MSI di Kulim...dari situlah perkenalan kami.....taktik aku nk takel wife nih lain skit....hehehe...cecite...cecite....setiap hari dlm kelas, aku akan antaq by hand note kecik kat dia...aku letak atas meja dia, pastu berlalu pegi....(ayat pe nih)....lama2...aku ajak la dating....hahaha...yg aku ingt, aku ajak tgk wayang cite Trauma....pastu, trauma la bini aku nih dgn aku....hahahaha...best x?best x?

Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan dan rintangan yg ditempuh, tanggal 28 Mei 2010, kami selamat dinikahkan di kg bini aku di Pedas, N.9....eden pon dh berdaftar jadi orang nogori...hehehe...sekarang....kami sedang menunggu kedatangan cahaya mata kami yang pertama....Insya Allah, kalau xdak aral melintang, lahirlah seorang lagi anak Adam ke dunia dalam masa terdekat nih....harap2 dia sihat walafiat....

Post Wedding ku....



Kat atas ni ada beberapa gmbar ketika aku bt post wedding....semua pictures diambil oleh Hilmie Zaki....klu nk guna perkhidmatan dia, leh gtau aku...area penang, kedah jer la....dia mmg sahabat yg memahami sahabat...thanks to him....aku amik gmbar ni free ma...hehehe...thanks lagi....lokasi kejadian kat Taman Tasik Taiping Perak...lokasi ni mmg best sbb surrounding hijau...sesapa yg suka kehijauan alam ni, leh bergmbar kat situ...klu yg jenis segan2 nk possing tuh, pi time pagi...xdelah rmai orang sgt...hehehe.....nnt aku rajin, aku upload plak gmbo aku kawen, gmbo pre wedding aku....semua gmbo by Hilmie Zaki yg baik hati....

Photography.....


Aku terjebak dgn photography ni bila kwn baik aku, Hilmie Zaki introduce DSLR...dh lama sebenarnya aku minat...cuma xde kesempatan nk mengenali benda alah ni....tp bila si hilmi ni dok cucuk aku, nah!aku pon angkat sebijik la...melayan...abes duit aku...riban2 ma...aku belajaq main kamera pon dgn dia...so, aku angkat dia jd Master Sifoo aku! cuma bt masa sekarang nih...aku xmampu la nk angkat lens lain...masalah ekonomi tu satu hal...standby duit untuk my future son la..hehehe...

Bila la aku nk angkat lens baru...dok tingin nk amik 35mm...tp rega lebih kureng 7-800 gak la...baik aku simpan kat anak aku dulu kan?yg mana berkepentingan la...kalau salah spent duit nih...xberlagu la poket aku...

aku terlambat ke??


Agaknya...org lain dh advance 2-3 thn dr aku bila bt blog nih...
yang aku nih...baru terkial2 nk buat....bukan apa....sekadar mengisi masa lapang...
and share my experience dgn kwn yg lain...kengkdg...pengalaman yg kita lalui tu berbeza dari org lain....yg tulah bt kita special...

Sebenarnya...masa kat opis byk terluang...so dr tebuang macam tu jer...baik aku tulis blog nih...ada gak something leh bt...tmbah2 my future child akan muncul xlama lagi...Insya Allah...so..harap2..one day nnt leh la dia baca blog abah dia ni...supaya dia jadi insan berguna dimasa depan...kan?hope so...

So, mana2 aktiviti yg aku rasa menarik akan ku postkan bt tatapan anakanda tersayang dimasa hadapan...hehehe :)