
Tajuk kali ni mengenai kerjaya seorang SHO atau Safety & health officer.
Kebanyakan orang ramai masih tidak paham lg apa sebenarnya kerjaya SHO ni...yang diorg dok agak, Guard la kot....kadang2 terpaksa aku terjemahkan maksud sebenar kerjaya SHO ni....
Sebenarnya, SHO merupakan penasihat kepada majikan mengenai isu2 keselamatan dan kesihatan pekerjaan; yakni isu2 yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Selain itu juga, SHO juga menasihati majikan supaya mematuhi segala aspek2 yang telah ditetapkan oleh undang2 kerajaan samada di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Jentera & Kilang (FMA), Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) dan byk lg undang2 lain yg termaktub.
So, menjadi tanggungjawab majikan untuk melantik seorang atau lebih (bergantung pada industri masing2) SHO untuk menasihati, mentadbir dan mengurus segala selok belok keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini untuk syarikatnya.
Bagaimana nk menjadi seorang SHO?
Bermula dari SPM, seorg2 tu boleh mendaftar untuk mengikuti kos sijil SHO dibawah mana2 institut pengajian yg berdaftar dgn Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Selalunya, yg femes adalah NIOSH.Kalau yg kat utara tu NRG-SHE juga turut menyediakan kos SHO ni dan lebih murah. Selalunya kos akan mengambil masa 4 bulan untuk part time (sabtu & ahad) dan 2 minggu untuk full time. Harga lebih kurang RM4000, ni untuk kos ni sahaja. Apabila tamat kos tersebut, kena amik exam lak. sekarang ada 4 kertas untuk diambil.
Refer website nih : http://www.niosh.com.my
Selain tu gak, yang graduate diploma ke, ijazah ke pon leh amik kos ni..Selain sijil, ada gak institut yg menyediakan kos untuk diploma executif. Contohnya, NIOSH.
Selepas lulus semua exam, boleh la bermula kerja.
Bagaimana nk jadi competent SHO?
Competent SHO adalah SHO yg berdaftar dgn JKKP.
Refer website nih:http://www.dosh.gov.my/doshV2/Senarai/OYK/sho/list_sho.php
Selepas selesai semua exam untuk kos SHO tu, seseorg SHO mestilah bekerja selama 3 thun dlm apa2 aktiviti OSH. Selepas 3 tahun, boleh la mendaftar di JKKP.
Kenapa kerjaya SHO?
OSH di Malaysia sebenarnya masih di takuk negara kelas ketiga. Perlaksanaan dari kerajaan mahupun swasta masih kurang. Kerajaan cuba mempertingkatkan mutu OSH di sektor pekerjaan. Dengan mewajibkan SHO di setiap kilang, construction pelbagai jawatan kosong ditawarkan. IPTA sekarang turut ada jawatan OSH. Dan kadang2 SHO yang berdaftar dgn JKKP di bayar gaji yg agak tinggi.
So, ni serba sedikit ulasan aku mengenai SHO ni...supaya mana2 yg berminat nk join bidang OSH ni tau laluan nya..tp klu OSH ni bukan setakat SHO jer, byk lg cabang kerja yang ada..kalau nk tau, leh la tnya aku sikit2...kalau aku tak tau, ada orang yg lebih tau boleh aku refer.
Aku harap 1 ari nanti, orang kita terutamanya orang Melayu ni dapat meningkatkan kesedaran OSH bermula di rumah supaya anak2 kita, bini2 kita mengambil berat tentang keselamatan.
Ingatlah, jadikan Safety tu budaya bukan bencana...
