Pages

Thursday, April 28, 2011

Penyakit Kucing aku - SPOROTRICHOSIS!

SPOROTRICHOSIS??? (Di copy penuh dari blog :http://honeypetshop.blogspot.com )

Sepanjang pengalaman bekerja, saya telah menemui beberapa kes di mana ada di antaranya melibatkan luka di bahagian muka kemudian merebak ke separuh kepala dan sebelah mata!!! MashaAllah! Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika melihat kucing tersebut. Bertambah sayu lagi apabila melihat pemiliknya sekeluarga menangis kerana dia terpaksa di 'suntik' untuk tidur selama2nya.

Beberapa minggu yang lepas, kami juga menerima kes Sporotrichosis (atau nama singkatnya Sporo) di mana luka merebak hingga ke telinga dan berulat. Baunya sangatlah menusuk hidung, tetapi saya lebih kasihankan nasib kucing itu. Betapa menderitanya dia...

Bahagian muka kucing yang luka. Lukanya sudah berulat dan ulat2 tersembunyi di dalam rongga telinganya.

Luka di bahagian belakang telinga.

Kucing ini tak bertuan. Nasib baiklah ada sepasang suami isteri (syabas kepada mereka!!) yang prihatin dengan keadaannya membawa dia kepada kami untuk diberi rawatan. Pada mulanya kami sangkakan hanya luka biasa kerana sebelum bulunya dicukur, keadaan lukanya tidak dapat diperhatikan dengan jelas. Setelah membiusnya, lebih mudah untuk memeriksa dan mencuci lukanya.

Tapi setelah diamati, luka pada muka ini bukanlah tempat pertama di badannya yang ada luka. Ini adalah luka yang disebabkan jangkitan Sporo. Bagaimana kami tahu?

Setelah diamati dan diperiksa dengan teliti, luka yang pertama berasal dari kakinya. Jika anda lihat dalam gambar ini luka yang pertama berlaku adalah di bahagian kanan sekali, di hujung kakinya. Kami percaya luka ini adalah luka pergaduhan, digigit atau dicakar. Oleh kerana ia adalah kucing liar, maka luka terbiar begitu sahaja, kemudian dia akan bermain di pasir untuk bergolek2 atau 'membuang'. Di saat inilah, spora fungus Sporo ini akan menjangkiti luka tersebut dan bermulalah detik derita kucing ini.

Dalam gambar di atas anda boleh lihat luka di bahagian kaki seperti berderet. Luka biasa (dicakar atau digigit) tak mungkin begini. Luka2 ini jika diperhatikan dengan teliti adalah mengikut saluran darah. Dan ia merebak secara menaik hingga ke bahagian kepala dan telinga.

Kucing bukan sahaja boleh mendapat jangkitan Sporo dari luka tetapi juga dari penghiduan. Gambar di atas menunjukkan jangkitan Sporo pada rongga hidung.

Ini apa yang kita dapat lihat di luar badannya. Sebenarnya, jangkitan Sporo ini boleh merebak ke paru2 dan otak. Dan penyakit ini adalah ZOONOTIK, maksudnya manusia boleh mendapat jangkitan yang berbahaya ini dari kucing!!

Penyelesaian kepada kes ini?
Tiada pilihan lain selain 'menidurkan' dia untuk selama2 nya.
Rawatan? Sangat memakan masa dan kos di mana paling kurang pun 3 bulan diperlukan serta keberangkalian untuk pulih sepenuhnya adalah 50-50. Dan yang paling penting, KESELAMATAN manusia yang menjaganya.

Jangkitan pada manusia. Luka yang melepuh seperti kudis dan tidak respon kepada antibiotik dan rawatan luka yang biasa dengan antiseptik.

Kes ekstrem yang berlaku kepada bayi berumur 6 bulan.

Untuk pengetahuan anda, kecuaian dalam mengendalikan kes2 luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh meragut nyawa. Langkah2 seperti menggunakan sarung tangan dan topeng muka (mask) adalah SANGAT penting semasa berhadapan kes2 luka yang dikhuatirir ada jangkita Sporo ini.

Bukan niat saya untuk menakutkan pemilik2 kucing di luar sana. Tetapi, anda semua harus berhati2. Untuk mengelakkan kucing anda terkena jangkitan ini, seeloknya kasikan mereka supaya mereka kurang mendapat luka2 dari pergaduhan dsb. Paling baik sekiranya kurung mereka supaya keselamatan mereka lebih terjamin. Sekiranya mereka ada luka, cepat2lah bawa mereka untuk rawatan sewajarnya.

Akhir kata, menjaga kemaslahatan kucing2 juga adalah sebahagian tanggungjawab manusia untuk menjaga kemaslahatan seluruh masyarakat.
_________________________________________________________________________________

Terima kasih Dr from Azlan.

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta.

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Posted: 26 Apr 2011 09:49 AM PDT


20 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC


Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor merupakan sebuah badan berkanun di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 (4 Kekosongan)
2. PEGAWAI PENGUATKUASA N41 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L17 (4 Kekosongan)
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 (1 Kekosongan)
5. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 (3 Kekosongan)
6. PENGHANTAR NOTIS N3 (5 Kekosongan)
7. PEMANDU KENDERAAN R3 (1 Kekosongan)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Mei 2011

JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Posted: 26 Apr 2011 09:41 AM PDT



Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

1. PEGAWAI PSIKOLOGI
2. PEGAWAI VETERINAR
3. ARKITEK LANDSKAP
4. PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP
5. JURUTEKNIK LANDSKAP
6. PENGAWAS HUTAN


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Mei 2011

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPK)

Posted: 26 Apr 2011 09:35 AM PDT


2 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC
Job Description :
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN ( U41 )
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN ( U29 )



MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mei 2011

VACANCY AT NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)

Posted: 26 Apr 2011 09:27 AM PDT


5 Kekosongan Jawatan: Badan Berkanun / GLC

NIOSH was established as a Company Limited by Guarantee, under the Malaysian Companies Act, 1965. As a company, NIOSH is expected to operate efficiently and with minimal administrative bureaucracy. The NIOSH Board of Directors comprises of 15 Board members, 10 of which are appointed by the Government while the remaining are elected by NIOSH members during the Annual General Meeting (AGM). This makes NIOSH different from similar institutions in other countries. NIOSH was set up with a RM1 million Launching Grant from the Government and a further RM50 million Endowment Fund (RM40 million from the Social Security Organization (SOCSO) of Malaysia and a further RM 10 million from the Malaysian Government), which will be invested, and the return of investment will be used to partly finance the operation of NIOSH.

1. Occupational Health Doctor

Jobs Requirements:

- Masters Degree in Occupational Health / Public Health and registered with DOSH.
- Able to advise on matters pertaining to occupational health.
- Consult on health screening and other related programs.
- Responsible to train, assist, check and carry out study on research and development projects.
- Possess 5 years experience in the medical field.

2. Executive

Jobs Requirements:
- Degree in Engineering / Science / Business Administrative / Human Resource Development.
- Possess good communication and consultation skills.
- Possess valid driving license.

3. Technician

Jobs Requirements:
- Diploma in Engineering / Science / Business Administration.
- Knowledge in the field of safety and health is an advantage.
- Computer literate and possess good communication skills.
- Possess valid driving license.

4. Clerk

Jobs Requirements:

- Diploma / STPM or SPM.
- Possess good communication skills.
- Computer literate.
- Possess valid driving license.

5. General Worker

Jobs Requirements:

- SPM
- Fit and healthy.
- Good communication skills.
- Able to work after hours.

Please submit your resume with expected salary to :
National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
Human Resource Division, Lot 1, Jalan 15/1,
Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Email: hrd@niosh.com.my
Tel: 03-87692146 | Fax: 03-89251718

Closing Date : 9 Mei 2011



Sila layari blog ini untuk maklumat lebih lanjut:

Jawatan Kosong di FMC Malaysia

Assalamualaikum,

Bagi kwn2 yg masih mencari kerja, berikut adalah jawatan2 kosong di sebuah syarikat Oil & Gas:

Location

Position

Nusajaya

Production Manager

Welding Manager

Production Engineer

Welding Engineer

Assembly Engineer

Controls Engineer

QA Lead Engineer

QA Engineer

Machinist

Assembler

Welder

QA Technician

QC Inspector

KL

Design Engineers - Mechanicals

Project QA Engineers

Labuan

Operations Coordinator

Field Service Coordinator

MMRS Production Controller

Asst Workshop Manager

Aku hanya menolong untuk post sahaja.

Sila hantar resume korang kepada

: NorAzam.Abu@fmcti.com

www.fmcti.com


Impak Tsunami di Jepun


First of all, takziah bt penduduk Jepun yg mengalami malapetaka paling dasyat dlm sejarah tamadun manusia moden selain di Acheh, Indonesia. Malapetaka yg mengorbankan puluhan ribu manusia memberi impak yg besar kepada ekonomi Jepun khasnya dan dunia umumnya.

Untuk tatapan kali ini, impak tsunami ini secara langsung memberi kesan kepada ekonomi syarikat aku sekarang, Kenseisha (M) Sdn. Bhd. Kompeni yg berpusat di Bangi ni merupakan pengeluar produk Die-casting aluminium kepada main customer Hitachi Jepun. Hitachi Jepun yang ranap sama sekali akibat tsunami terus menutup pengeluaran poduk HDD mereka yg mana di produksikan oleh Kenseisha. Dgn penutupan Hitachi Jepun, kompeni aku kehilangan lebih 40% dari pendapatan bulanan.

Apa kesannya buruknya?
1) Pekerja sub-kontraktor terpaksa di behentikan serta merta.
2) Banyak elaun terpaksa di potong.
3) Pekerja2 mula tawar hati dan mula mencari kerja baru.
4) Banyak projek di tangguhkan (projek aku pon kena tempias)
5) Supplier2 terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bayaran.
6) Banyak mesin di berhentikan.
7) Banyak lg indirect impak yg tersembunyi.

Ini adalah pertama kali sepanjang 4thun lebih aku bekerja di kompeni lain aku merasai keadaan ini. Bagi aku, ini semua dugaan. Selagi aku masih diperlukan, aku akan berkhidmat sebaik mungkin.Tetapi, kalau keadaan ni berlarutan sehingga hujung tahun ni, Insya Allah aku akan mencari kerja baru.

Harap2 pihak atasan akan mencari alternatif untuk mencari sumber kewangan yg baru untuk memacu semula ekonomi syarikat.

Tuesday, April 26, 2011

Latest Air Asia Promotion


Klik gambar untuk paparan lebih jelas.




Air Asia sekali lagi membuat promotion untuk pakej2 penerbangan mereka. So, sapa2 yg nk travel, boleh follow kat website Air Asia. Nasib baik wife aku nk bersalin, kalau tak lama dah aku booking. So, jgn lepaskan chance ni!Grab it now!