Pages

Thursday, April 28, 2011

Penyakit Kucing aku - SPOROTRICHOSIS!

SPOROTRICHOSIS??? (Di copy penuh dari blog :http://honeypetshop.blogspot.com )

Sepanjang pengalaman bekerja, saya telah menemui beberapa kes di mana ada di antaranya melibatkan luka di bahagian muka kemudian merebak ke separuh kepala dan sebelah mata!!! MashaAllah! Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika melihat kucing tersebut. Bertambah sayu lagi apabila melihat pemiliknya sekeluarga menangis kerana dia terpaksa di 'suntik' untuk tidur selama2nya.

Beberapa minggu yang lepas, kami juga menerima kes Sporotrichosis (atau nama singkatnya Sporo) di mana luka merebak hingga ke telinga dan berulat. Baunya sangatlah menusuk hidung, tetapi saya lebih kasihankan nasib kucing itu. Betapa menderitanya dia...

Bahagian muka kucing yang luka. Lukanya sudah berulat dan ulat2 tersembunyi di dalam rongga telinganya.

Luka di bahagian belakang telinga.

Kucing ini tak bertuan. Nasib baiklah ada sepasang suami isteri (syabas kepada mereka!!) yang prihatin dengan keadaannya membawa dia kepada kami untuk diberi rawatan. Pada mulanya kami sangkakan hanya luka biasa kerana sebelum bulunya dicukur, keadaan lukanya tidak dapat diperhatikan dengan jelas. Setelah membiusnya, lebih mudah untuk memeriksa dan mencuci lukanya.

Tapi setelah diamati, luka pada muka ini bukanlah tempat pertama di badannya yang ada luka. Ini adalah luka yang disebabkan jangkitan Sporo. Bagaimana kami tahu?

Setelah diamati dan diperiksa dengan teliti, luka yang pertama berasal dari kakinya. Jika anda lihat dalam gambar ini luka yang pertama berlaku adalah di bahagian kanan sekali, di hujung kakinya. Kami percaya luka ini adalah luka pergaduhan, digigit atau dicakar. Oleh kerana ia adalah kucing liar, maka luka terbiar begitu sahaja, kemudian dia akan bermain di pasir untuk bergolek2 atau 'membuang'. Di saat inilah, spora fungus Sporo ini akan menjangkiti luka tersebut dan bermulalah detik derita kucing ini.

Dalam gambar di atas anda boleh lihat luka di bahagian kaki seperti berderet. Luka biasa (dicakar atau digigit) tak mungkin begini. Luka2 ini jika diperhatikan dengan teliti adalah mengikut saluran darah. Dan ia merebak secara menaik hingga ke bahagian kepala dan telinga.

Kucing bukan sahaja boleh mendapat jangkitan Sporo dari luka tetapi juga dari penghiduan. Gambar di atas menunjukkan jangkitan Sporo pada rongga hidung.

Ini apa yang kita dapat lihat di luar badannya. Sebenarnya, jangkitan Sporo ini boleh merebak ke paru2 dan otak. Dan penyakit ini adalah ZOONOTIK, maksudnya manusia boleh mendapat jangkitan yang berbahaya ini dari kucing!!

Penyelesaian kepada kes ini?
Tiada pilihan lain selain 'menidurkan' dia untuk selama2 nya.
Rawatan? Sangat memakan masa dan kos di mana paling kurang pun 3 bulan diperlukan serta keberangkalian untuk pulih sepenuhnya adalah 50-50. Dan yang paling penting, KESELAMATAN manusia yang menjaganya.

Jangkitan pada manusia. Luka yang melepuh seperti kudis dan tidak respon kepada antibiotik dan rawatan luka yang biasa dengan antiseptik.

Kes ekstrem yang berlaku kepada bayi berumur 6 bulan.

Untuk pengetahuan anda, kecuaian dalam mengendalikan kes2 luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh meragut nyawa. Langkah2 seperti menggunakan sarung tangan dan topeng muka (mask) adalah SANGAT penting semasa berhadapan kes2 luka yang dikhuatirir ada jangkita Sporo ini.

Bukan niat saya untuk menakutkan pemilik2 kucing di luar sana. Tetapi, anda semua harus berhati2. Untuk mengelakkan kucing anda terkena jangkitan ini, seeloknya kasikan mereka supaya mereka kurang mendapat luka2 dari pergaduhan dsb. Paling baik sekiranya kurung mereka supaya keselamatan mereka lebih terjamin. Sekiranya mereka ada luka, cepat2lah bawa mereka untuk rawatan sewajarnya.

Akhir kata, menjaga kemaslahatan kucing2 juga adalah sebahagian tanggungjawab manusia untuk menjaga kemaslahatan seluruh masyarakat.
_________________________________________________________________________________

Terima kasih Dr from Azlan.

9 comments:

  1. Sedih..kucing sy pun kena

    ReplyDelete
  2. Kucing saya mengidap sporo tapi dah berjaya baik..saya guna rawatan alternatif tanpa ubat vet..boleh whatsapp saya 0182227022 kalau nak cuba...saya dh berjaya merawat 2 ekor kucing saya dgn cara tak sengaja selepas dh buntu bagi makan ubat 4 bulan makin teruk...alhamdulillah skrg dah baik selepas 20 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah saya boleh bertanya bagaimana cara mengobati penyakit ini? Trims

      Delete
    2. Apakah saya boleh bertanya bagaimana cara mengobati penyakit ini? Trims

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kucing sy kena sporo pd kepala dan telinga. Luka berlubang2 mcm buah ditebuk ulat. kulit kepala separuh dah takde, yg tertinggal pun dah mengeras tapi dah busuk dibawah. Bau busuk nanah dan lalat dah bertelur. Kucing ni teruk menahan sakit. Dah seminggu tak balik, asalnya luka bergaduh je.akhirnya luka baik dan kering sepenuhnya 2 minggu Dah ler tobek kepalanya berparut x tumbuh bulu.kos dlm rm200 camtu beli ubat sapu dan bedak anti fungus, kapsul sporanox, alkohol swab, spray cuci luka, iodin, dettol, minyak gamat tapi kena sabar bila dah kering akan garu gatal berkali2 luka balik. Sapa kata x blh baik,x patut tidurkan kucing yg x berdosa tu.

    ReplyDelete
  5. Kabar baik

    saya harap
    Life Stories akan menjadi tempat yang baik dan membantu orang lain dengan layanan terbaik

    https://rawatkucing.com/

    ReplyDelete
  6. Penyakit sporo kucing boleh diubati.

    https://www.psherbs.com/bolehkah-kucing-berpenyakit-sporo-diubati-dan-sembuh/

    ReplyDelete