Pages

Thursday, April 28, 2011

Impak Tsunami di Jepun


First of all, takziah bt penduduk Jepun yg mengalami malapetaka paling dasyat dlm sejarah tamadun manusia moden selain di Acheh, Indonesia. Malapetaka yg mengorbankan puluhan ribu manusia memberi impak yg besar kepada ekonomi Jepun khasnya dan dunia umumnya.

Untuk tatapan kali ini, impak tsunami ini secara langsung memberi kesan kepada ekonomi syarikat aku sekarang, Kenseisha (M) Sdn. Bhd. Kompeni yg berpusat di Bangi ni merupakan pengeluar produk Die-casting aluminium kepada main customer Hitachi Jepun. Hitachi Jepun yang ranap sama sekali akibat tsunami terus menutup pengeluaran poduk HDD mereka yg mana di produksikan oleh Kenseisha. Dgn penutupan Hitachi Jepun, kompeni aku kehilangan lebih 40% dari pendapatan bulanan.

Apa kesannya buruknya?
1) Pekerja sub-kontraktor terpaksa di behentikan serta merta.
2) Banyak elaun terpaksa di potong.
3) Pekerja2 mula tawar hati dan mula mencari kerja baru.
4) Banyak projek di tangguhkan (projek aku pon kena tempias)
5) Supplier2 terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bayaran.
6) Banyak mesin di berhentikan.
7) Banyak lg indirect impak yg tersembunyi.

Ini adalah pertama kali sepanjang 4thun lebih aku bekerja di kompeni lain aku merasai keadaan ini. Bagi aku, ini semua dugaan. Selagi aku masih diperlukan, aku akan berkhidmat sebaik mungkin.Tetapi, kalau keadaan ni berlarutan sehingga hujung tahun ni, Insya Allah aku akan mencari kerja baru.

Harap2 pihak atasan akan mencari alternatif untuk mencari sumber kewangan yg baru untuk memacu semula ekonomi syarikat.

No comments:

Post a Comment