
Tajuk kali ni mengenai kerjaya seorang SHO atau Safety & health officer.
Kebanyakan orang ramai masih tidak paham lg apa sebenarnya kerjaya SHO ni...yang diorg dok agak, Guard la kot....kadang2 terpaksa aku terjemahkan maksud sebenar kerjaya SHO ni....
Sebenarnya, SHO merupakan penasihat kepada majikan mengenai isu2 keselamatan dan kesihatan pekerjaan; yakni isu2 yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Selain itu juga, SHO juga menasihati majikan supaya mematuhi segala aspek2 yang telah ditetapkan oleh undang2 kerajaan samada di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Jentera & Kilang (FMA), Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) dan byk lg undang2 lain yg termaktub.
So, menjadi tanggungjawab majikan untuk melantik seorang atau lebih (bergantung pada industri masing2) SHO untuk menasihati, mentadbir dan mengurus segala selok belok keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini untuk syarikatnya.
Bagaimana nk menjadi seorang SHO?
Bermula dari SPM, seorg2 tu boleh mendaftar untuk mengikuti kos sijil SHO dibawah mana2 institut pengajian yg berdaftar dgn Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Selalunya, yg femes adalah NIOSH.Kalau yg kat utara tu NRG-SHE juga turut menyediakan kos SHO ni dan lebih murah. Selalunya kos akan mengambil masa 4 bulan untuk part time (sabtu & ahad) dan 2 minggu untuk full time. Harga lebih kurang RM4000, ni untuk kos ni sahaja. Apabila tamat kos tersebut, kena amik exam lak. sekarang ada 4 kertas untuk diambil.
Refer website nih : http://www.niosh.com.my
Selain tu gak, yang graduate diploma ke, ijazah ke pon leh amik kos ni..Selain sijil, ada gak institut yg menyediakan kos untuk diploma executif. Contohnya, NIOSH.
Selepas lulus semua exam, boleh la bermula kerja.
Bagaimana nk jadi competent SHO?
Competent SHO adalah SHO yg berdaftar dgn JKKP.
Refer website nih:http://www.dosh.gov.my/doshV2/Senarai/OYK/sho/list_sho.php
Selepas selesai semua exam untuk kos SHO tu, seseorg SHO mestilah bekerja selama 3 thun dlm apa2 aktiviti OSH. Selepas 3 tahun, boleh la mendaftar di JKKP.
Kenapa kerjaya SHO?
OSH di Malaysia sebenarnya masih di takuk negara kelas ketiga. Perlaksanaan dari kerajaan mahupun swasta masih kurang. Kerajaan cuba mempertingkatkan mutu OSH di sektor pekerjaan. Dengan mewajibkan SHO di setiap kilang, construction pelbagai jawatan kosong ditawarkan. IPTA sekarang turut ada jawatan OSH. Dan kadang2 SHO yang berdaftar dgn JKKP di bayar gaji yg agak tinggi.
So, ni serba sedikit ulasan aku mengenai SHO ni...supaya mana2 yg berminat nk join bidang OSH ni tau laluan nya..tp klu OSH ni bukan setakat SHO jer, byk lg cabang kerja yang ada..kalau nk tau, leh la tnya aku sikit2...kalau aku tak tau, ada orang yg lebih tau boleh aku refer.
Aku harap 1 ari nanti, orang kita terutamanya orang Melayu ni dapat meningkatkan kesedaran OSH bermula di rumah supaya anak2 kita, bini2 kita mengambil berat tentang keselamatan.
Ingatlah, jadikan Safety tu budaya bukan bencana...

Aslmkm, na tanya.... kalau lepas lulus semua exam... kite sendiri ke yang kene cari tempat kerja.... tuk cukup smpi 3 tahun?
ReplyDeleteassalamualaikum. saya nak tahu lebih lanjut apa sijil yang tepat patut saya ambil bila nak jadi sho. saya berminat sangat nak jadi sho dan saya baru saja tamat dip in security mgt. tq sb share maklumat
ReplyDeleteassalamualaikum,,,bos,,sy student kolej poly-tech mara kuantan,,amek kos civil engineering(safety construction),,ta lme lg dah nak abes belajar,,,so nk tanya,,ade ke peluang kerjaya untuk sye jdi OSH kelak ???? risau gak kursus yang dipelajari tak menepati kriteria untuk jadi slah seorang OSH.....
ReplyDeleteHai zaid , awak hensem laa
Deletesusah tak course tu bro? aq baru nak masuk bulan 7 ni. risau2 gak taleh bawak
DeleteSaya dah nak pencen. ..keje safety...penat....bole la sape nak ganti saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletenak hubungi sy tadi x amek lagi sijil hehe baru plan ja... boleh kee sambung ijazah dalam khusus nie terus..?
Deletesame goes to me. baru setahun tapi letih yaa amat. best tapi letih. try lah siape yg minat tu
Deleteassalamualaikum..sy nur...sy bekas pelajat poly-tech mukah...kos kejuruteraan awam..adakah peluang untuk seorang perempuan menjadi OSH luas atau pon tipis?? sy juga di beri tahu QS marketing dia sekarang tinggi..adakah sy patut minat atau ikut marketing pekerjaan tersebut??
ReplyDeletePd saya laki ke pompuan ke sama je percentage utk dpt keje..all depend on ur carisma..sbb as sho ni..kita akn behadapan real situation on field..panas ujan penat lelah..suma kita rasa..but totally diff dgn Qs yg majoriti keje nya di opis..sori late reply
Deleteada typo disitu *pelajar maaf kan saya
ReplyDelete-nur-
hai.
ReplyDeletesaya baru berminat ingin menjadi SHO. Pengalam berkerja pun tidak ada. apa langkah yang sepatutnya sata ambil sebelum mengikuti kursus SHO dengan NIOSH.?
Lngkah 1st sediakan duit utk amik kelas sho sbb kos tinggi...hehee...dah abes kelas baru start cari keje
DeleteOwh ok2
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehii..
ReplyDeletesaya ingin bertanya, jika saya mengambil ijajah keselamatan dan kesihatan pekerja (BOSHM) . adakah saya boleh bekerja sbgai SHO dan adakah perlu saya mengambil 4 exam paper selepas tamat ijajah untuk menjadi SHO?
Boleh...klu kos tu diiktiraf oleh DOSH dan rasanya xperlu amik exam dgn niosh lg...
DeleteApa lg cabang lerja OSHA ni?
ReplyDeletebyk...boleh refer website Niosh tu...kat situ ada mention latihan utk kompetensi yg maksudnya sama cabang kerja spt SHO...contoh.. IHT 1 and 2...
DeleteSalam.. boleh saya tahu kat mana yee nak daftar untuk ambik kos ni?? brp lama tempoh kursus dijalankan??
ReplyDeleteJawapannya ada dalam artikel di atas. Rajinkan sikit membaca, jangan harap disuap sahaja
ReplyDeleteTima kaseh tuan..saya rasa saya dh bg info yg lengkap dh kat atas...tp kita ni nk mudah semudah2 nya...adik2...pls jgn nk semua kena suap camtu ja
Deletesalam en.azlan..sye fresh graduate kos bisnes,,niosh ade menetapkan SPM 6c untuk bm,bi, and math...keputusan Bi saye 7d..maseh ade harapan k untuk layak mengambil NOSH..dan saye mempunyai sijil MUET?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...better awak refer ngn Niosh..sya bkn keje ngn niosh ye adik...ade link niosh...col nisoh tnya ye..
Deleteassalam en.azlan.sya nak tanya..adaka guideline atau standard yang diwujudkan sebagai panduan dalam mengecat warna lantai bengkel di sekolah, untuk membezakan kawasan bekerja dengan kawasan laluan kecemasan?
ReplyDeleteWaalaikumsalam...sepengetahuan saya malaysia masih belum ada guideline utk separation color...tp kita leh refer standard dr u.s atau u.k klu kita nk setup workshop atau apa2...
DeleteSalam En Azlan. Saya ada diploma dalam bidang kejuruteraan kimia. Saya dapat offer untuk sambung degree dalam bidang OSH tapi saya tak tahu sangat tentang bidang ni. Apa saranan encik?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, pd saya combination chemical dan osh sgt membantu graduate utk memohon kerja kerana dikbykan sektor oil n gas amat memerlukan osh practioner yg mempunyai knowledge dlm chemical. So pd saya, go for it...
DeleteSalam tuan. Saya baru tamat belajar ijazah sarjana muda kimia industri. Saya berminat nak ambil kursus SHO di NIOSH. Cumanya sekarang ni masih berfikir2 dan cuba utk minta pendapat ramai org yg mmg berpengalaman dlm bidang ni. Apa pendapat tuan tentang bidang kerja dan peluang2 yg ada bila saya dah mendapatkan sijil SHO ni? Maksudnya untuk jangka masa 3 tahun sebelum saya mendapatkan green book. Terima kasih
ReplyDeletesalam encik. saya fresh graduate diploma in Occupational Safety and Health. kalau ada mana2 kerja kosong minta tolong inform erk ke asiqin.sanusi@gmail.com. ingkat nak cari pengalaman kerja dulu then baru nak ambil kursus di NIOSH atau sambung degree. tq :)
ReplyDeletesalam encik. saya fresh graduate diploma in Occupational Safety and Health. kalau ada mana2 kerja kosong minta tolong inform erk ke asiqin.sanusi@gmail.com. ingkat nak cari pengalaman kerja dulu then baru nak ambil kursus di NIOSH atau sambung degree. tq :)
ReplyDeleteAssalamualaikum.. sy bakal tamat diploma insurans.. yg mane sy ade belajar subjek mengenai OSH dan risk management.. adakah kelulusan diploma insurans boleh utk sy apply bachelor Osh ? Selepas tamat ijazah, adakah directly sy sudah boleh bkerja ataupun sy perlu ambil exam tersebut ? Universiti awam. Tq
ReplyDeletesaya juga berpendapat sama dengan Dauz Zachary. tetapi saya mengambil diploma pengurusan pelancongan dimana saya juga belajar tentang OSH walaupun tidak menyeluruh.saya juga bakal tamat diploma pada bulan 4 ini.
DeleteTima kasih sbb sudi baca blog saya yg dh besaeang ni...nk smbung ijazah xde masalah tp cari ijazah yg di iktiraf oleh jkkp(dosh)
ReplyDeletesalam, saya juga akan tamat dip (civil) tk lama lg. nk minta pendapat sama ada trus kn degree in civil atau amek peluang utk msuk dlm bidang ni, mana satu lg baik?
ReplyDeleteWaalaikumsalam..utk jwpn ni awk sndiri kena tepuk dada tnya minda..nk jd sorg engineer atau nk js safety practioner?tp...tnya saya..be a safetyman..u help a lot of people..xdpt bntu org dr segi kewangan bantu dr segi keja kebajikan pd mereka..kn mulia
Deletesalam en sya ada kelulusan diploma computer..i want to take this program..but my english in SPM i got D..the requirement need atleast C...huhu ..boleh bantu tak??ke sya perlu repeat BI spm lagi...nk sngat amik niosh
ReplyDeleteBetter tnya niosh...tp sepengetahuan saya klu ada diploma...diorg akn amik yg highest eduction sbgai req
ReplyDeleteHello Sir, saya grad 2012. Dip in OSH. Pengalaman kerja 2 tahun di site sebagai agen tapak dan 1 tahun 10 bulan sebagai operator di kilang. Totally 0 experience dalam field ni. Resume pun hantar sana sini utk mencari pngalaman bekerja. Memang sukar. Hari ni pintu rezeki terbuka. Dapat tawaran bekerja sebagai SHO d sbuah kilang. Boleh minta tips2 apa yang perlu dibuat pada hari pertama mula bekerja?
ReplyDeleteKuncinya jgn putus asa..rezeki Di bumi Allah ni luas...apa2 hubungi saya di fb saya ye. Azlan fishol
Deletesalam. saya bakal amik degree dlm bidang OSH nih..bleh x trgkan ap lgi cabang pekerjaan yg sy bleh ceburi nnti?? terima kasih
ReplyDeleteSalam, saya ada sijil lulus exam SHO, Jawatan utama saya ialah sbg Penolong Pengurus. Saya juga setiausaha JKK di tempat kerja lebih dr 3 tahun. Layak kah saya berdaftar dgn JKKP?
ReplyDeleteYa anda layak...tetapi begantung kpd jkkp utk decide samada anda anda layak atau tak pda peringkat interview besama mereka
DeleteYa anda layak...tetapi begantung kpd jkkp utk decide samada anda anda layak atau tak pda peringkat interview besama mereka
Deleteassalamualaikum...sy nak tanya lepas kursus SHO, then lebih baik praktikal dulu ke atau ambil exam ye? kemudian macam mana prosedur nak dapatkan yellow book. setahu saya perlu dapatkan yellow book dulu baru green book kan? betul tak tuan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum En. Azlan saya ni baru sje nak amek kos SHO ni, jdi nk tnye lh adakah peluang saya akan cerah ntuk lepas inteview bgi mmasuki kusus SHO CIDB. Sebab skng ni sye mmng 0 psl SHO tpi kn sye ade tngok FAQ psl sume bnde2 SHO kt ats tu mmng best jgk an. sye kene inteview dlu ntuk dpt join kusus SHO ni hihi adkh sye akan dpt..mnte sokongan dn penjelasan. Terima kasih. =)
Delete*Tmbahan: lgi pun sye belajar dlm bidang elektrikal mmng x thu ape lh psl ni sume btw nk amek sume kos2 yg ade psl kerja2 site ni hii sebab ada nilai2 tmbh pada diri kn2.
DeleteAbg..sya baru habis course .exam sho pada December..jadi boleh kea sya apply keje guna sijil kehadiran?
ReplyDeleteSapa brrminat nk kursus sho blhla daftar kat sini http://kursussho.ik.my.
ReplyDeleteSapa brrminat nk kursus sho blhla daftar kat sini http://kursussho.ik.my.
ReplyDeletehurmm ramai betul nak jadi safety and health officer ni, makin tinggi persaingan sekarang haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum dan salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya bab pengalaman untuk mendapatkan green book. Bolehkah kita menggunakan pengalaman as site safety supervisor (SSS) untuk 3 tahun untuk memiliki green book as Safety & health officer (SHO). Sebagai contoh, kite sebagai site safety di construction area dan segala laporan dan pengalaman di bidang construction digunakan untuk SHO nnt. Mohon pencerahan dari pihak tuan. Tq
ReplyDeleteBaru habis krusus sho dn plan nk ambik exam.adakah dengan sijil krusus sho selama 4 bln (sabtu & ahad) boleh diguna untuk apply kerja dlm safety.atau mesti exam dahulu bru boleh cari kerja..?
ReplyDeleteRozita,sy br je nk abis course sho ni.ape yg sy tau xde masalah nk cr keje kalo ada sjil kehadiran tu je.but not as sho la..as a asisstant sho je.awk plan nk amik exam ble?
Deleteassalamualaikum..sy bru lpas spm..sy berminat nk jdi safety officer ni..course apa yg kne sy ambik utk jdi safety officer? diploma ke cmne?
ReplyDeletewaalaikumsalam...adik try la ambek diploma occupational safety and health di consist college...klao ambek sijil susah siket nak cari keje skrg sbb persaingan...dn byk company tak ambek sijil
DeleteAssalamualaikum..sy dh lulus kesemua 4 paper sho exam. Paper 4 bru je kuar result 2 hari lps.. Pengalaman kerja pn dh ade 3 thun..soklan sy..selalunya brape lama sijil kelulusan akan dikeluarkan oleh niosh ye? Mgmt dh push suruh reg gb cepat2..mohon bantuan & trm ksih
ReplyDeleteProses online dalam masa 30 hari.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteBr nk pg kursus mggu dpn. Ada apa2 tips?
ReplyDeleteSalam..sy nk tnya..kalau dah pergi kursus sho tp belum ambil exam atau dah ambil exam tp belum ada greenbook sebab tiada lg pengalaman.majikan nak ke ambil pemohon mcm ni utk bekerja?
ReplyDeleteSetahu sy..yg ada greenbook/competent baru boleh jd SHO kn..jika yg belum competent yg masih fresh.Apakah jawatan yg sesuai ye utk safety slain SHO.sbb nak kerja dan ambil pengalaman dlu then da cukup 3 tahun bru boleh apply greenbook and competent SHO
Mohon pencerahan
Tq..
asalammualaikum... sya ambil ijazah pentadbiran kesihatan.. bole ke sya jadi sho
ReplyDeletesalam sir . osaha dgn sho sma x ? thnks
ReplyDeleteAssalamualaikum WBT. Masa saya dig maklumat berkenaan SHO, saya ada jumpa satu artikel review yang agak menarik. Memandangkan blog ni ramai pembaca yang membuat carian tentang SHO, ada baiknya saya paste di sini.
ReplyDelete"I am competent SHO and registered with DOSH. To become SHO, you need to attend for the SHO Course at NIOSH. After that, you need sit for the exams. 3 from the 4 exams are straight forward exam but the 4 paper is the most tricky one called work place assessment and consist of two part which is reports and presentation to DOSH Officer.
So, in order to answer the fourth paper you need to have experienced in safety & health field or you need to apply what you have already learned in SHO class as an example : Incident/Accident Investigation, Job Safety Analysis, HIRARC, Legal requirements ( Occupational Safety & Health Act 1998, Factory & Machinery Act 1988). If i not mistaken, you will be given 2 months to prepare your reports, sent to NIOSH and you need to present it to DOSH Officer.
After you have pass all the exams, you need 3 years experienced as a safety practitioner either as a safety supervisor, safety executive, assistant SHO, safety promoter and etc. The 3 years period is calculated either before or after the course or exams as long as you work as a safety practitioner.
You are also needed to record all your activities during that 3 years period of experience such as safety inspection checklist, safety committee meeting and any inspection that involving local authorities especially with DOSH. All of these documents needed during the submission of registration with DOSH as the evidence of your involvement in safety.
Other than that, you also can go for a Degree in Safety at University like Unisel, University Malaysia Pahang and etc.. but, be reminded that OUM - BOSHM is not recognized by DOSH.
You can check all the list at DOSH Web Site.
Last but not least, although this safety field, have a high payed in salary, you must know that, to become a good SHO, you need skill in advising top management of the company to obey to the Act and all the legal requirement. It is because, to deal with safety requirement, company need to come out with extra cost. Do they want to do so? They only think how to get profit. So as a SHO/SHM you need to convinced them.
The most challenging part is to make sure that all of the person that work in the project understand the safety requirement during working at site. In other meaning, you need to deal with all the people from lower class to upper class people.
For me, I have already about +-5 years experience in this Safety & Health field. I begin my carrier as Safety Supervisor on 2012 at the age of 22. During that time, my salary is about rm2.4k++. On 2015, I registered as a competent SHO and my salary now is rm8k++.. This salary rate is on construction field. If you enter manufacturing industry, the rate will be lower. But, the best rate is at OnG industry.
Thanks
assalam pn Noor Aini Ibrahim
ReplyDeleteim newbie in here..sy br nk mendaftar as OSH ni next month. Sy masih x jumpa any story or experience from female SHO ni..bole x sy nk email pn nk tnya soalan2 berkaitan keje SHO ni..or bole email sy at nikroslinda82@gmail.com. tq
tumpang tnya, kalu bekerja sebagai safety promoter boleh ker mohon yellow book. saya baru tamat dip Safety & Health di Consist College.
ReplyDeleteSalam. Boleh saya tahu apa beza Yellow Book dengan Green Book ye?
ReplyDeleteHazman
Self-employed
MEA Design & Construction
fb : https://www.facebook.com/mea.designconstruction/
Assalamualaikum.. saya sedang mencari seorang SHO di premis resort Club Med Cherating. Sila wasap saya 0147963965.
ReplyDeleteTerima kasih.
Amy Abdul
Assalam, saya sedang mencari seorang SHO dgn green card di kilang saya di Meru Klang. Sila hubungi saya di 03-33615609
ReplyDeleteHai..nak tnya...kalau ada sijil pmr je bole ke nak amek kursus niosh tu...errmmm😔
ReplyDeletenk jadi SHO fizikal n Mental kena kental.
ReplyDeleteASSALAMMULAIKUM SAYA BARU SAHAJA HABIS DIPLOMA COURSE ACCOUNTANT SAYA ADA BUAT SEDIKIT CARIAN TERDAPAT SATU BENDA YANG SAYA PELIK , TERDAPAT KRUSUS SIJIL SAFETY AND HEALTH DAN ADA JUGAK IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KESIHATAN PERSEKITARAN DAN BEKERJAAN(SETARAF SIJIL SAFETY AND HEALTH) APA BEZA DIA .DARI SEGI GAJI DAN PELUANG PEKERJAAN MOHON JASA BAIK CIK. EMAIL iqmalazizi96@gmail.com
ReplyDeleteNi nak tanya ni:
ReplyDeleteSaya dah ambik kursus SHO, dah lulus 3 paper, Paper 4 belum dapat ambik lagi sebab belum dapat kerja kat bahagian Safety and Health.
Nak jadi SHO kena ambik exam kan?
Mesti ada 3 tahun (sekurang2nya) pengalaman kerja.
Sekarang semua majikan nak cari yang ada 10+ pengalaman, yang ada DOSH registered Green Book Holder/Yellow Book holder.
Kita yang takde Greenbook/Yellow Book ni susah nak cari kerja safety, lebih2 lagi untuk tujuan nak ambik Paper 4.
Nak pengalaman kena ada kerja. Syarikat taknak ambik. Macam mana nak ada pengalaman kalau syarikat tak ambik peduli?
Hujung2 kerja kat Tesco.
Rugi!
Ambik NIOSH tapi bukannya dapat kerja pun!
Kat tesco pon boleh buat WPA ape. semua tempat kerja ada hazard, janji ko paham WPA ko, then masa bentangkan tu ko boleh jawab ape yg panel soal dah cun broo.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBro klau lepasan diploma kejuruteraan elektrik (politeknik) boleh x sambung ijazah dlm Safety and health ni???mohon pencerahan
ReplyDeleteAssalam blh dpt kan contact num person yg boleh explain dari A-Z untuk SHO ni? Sy berminat untuk jadi slh sorg SHO. Atau sy blh turun segamat utk jumpa tuan. Sy bkerja di JB je.
ReplyDeleteAsalamualaikum..sy dah attend course SHO tahun 2015.tp belum amik exam lg..boleh sy tau tak cert sho course tu valid berapa lama kalau masih belum exam? TQ
ReplyDelete